Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKBK. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Semak Keputusan Peperiksaan Online


[ KLIK PADA GAMBAR UNTUK TERUS PERIKSA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN]

Sekarang .. ibu bapa boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak secara online. Untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak.. boleh layari laman KPM.. Masukkan no ic anak kita. Kemudian pilih sekolah rendah atau menengah. Kemudian kita boleh semak keputusan anak kita sama ada ujian bulanan atau peperiksaan.  Nak print dan simpan pun boleh.. mudah kan?? Semua dihujung jari..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Menghilangkan Gugup Semasa Memberi Ucapan

Tips Menghilangkan Gugup Semasa Memberi Ucapan

1. Sebelum bercakap, buat senaman pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam, lepas tu tahan dalam 7 saat, lepas tu, hembus. Nak tahu samada nafas dah ditarik dalam-dalam or cetek-cetek, masa korang bernafas tu, letakkan tangan kanan korang dekat dada, tangan kiri dekat perut. Kalau tangan terasa bergerak masa tarik nafas and hembus nafas, tu maknanya dah cukup dalamlah nafas tu.

2. Cuba lenturkan jari di atas permukaan yang rata, seperti pada dinding dan atas meja.

3. Bersedia

4. Senyum . Bila senyum, hormon endorfin akan memancut-mancut keluar macam paip bocor. So, hormon ni akan buat kita rasa lebih selesa untuk bercakap depan orang.

5. Ingat, orang nak dengar isi ucapan kita, bukan nak tengok sangat cara kita sampaikan. So, jangan terlalu terbeban sangat dengan pandangan orang terhadap cara kita bercakap, tapi isi ucapan tu yang penting.

6. Berdoa. Doa seperti di bawah ni.

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )

SELAMAT MENCUBA :)


<SUMBER>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jadual Peperiksaan SPM 2011.

Salam sejahtera diucapkan kepada yang berkesempatan untuk mengunjungi blog ini , kami ingin memberikan sedikit bonus kepada anda semua untuk jadual PEPERIKSAAN SPM 2011 . anda bolehlah klik di sini .

Cara-caranya seperti berikut :

1) Pastikan anda mempunyai format PDF
2) Jika tiada bolehlah di download di < SINI >
3) Selepas itu bolehlah klik pada link yang diberikan seperti di atas .
4 ) Boleh untuk sekadar melihat ataupun di download terus sebagai simpanan anda .
5) Juga boleh di Print.

Terima Kasih  =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tip cara belajar saat akhir/ last minit

Tip belajar saat akhir/ last minit

1. Muhasabah diri. Ada orang yang mengharapkan gagal atau lulus, ada yang mengharapkan dapat A atau sebagainya. Tanya diri, sebenarnya mampu setakat mana. Jika anda berusaha saat akhir setakat mana gred yang anda dapat? Jika anda sudah tahu berapa anda dapat, anda kena menerimanya. Tetapi, kemungkinan anda dapat keptusan seperti diinginkan masih ada. Contohnya ada orang selalu gagal di sekolah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, tetapi dia berusaha saat akhir tanpa jemu dan akhirnya mendapat gred C. Hal ini memang selalu terjadi. Ada juga orang yang mendapat C, tapi apabila berusaha saat akhir mendapat A. Ini bukan cerita dongeng, yang penting gunakan saat akhir ini untuk

2. Jangan putus asa. Selagi kertas soalan belum dijawab, selagi itu masih ada masa untuk ulang kaji. Jika sudah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha kecuali doa. Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa yang ada ini untuk ulang kaji. Sudah habis SPM nanti sudah tidak ada apa-apa untuk dibaca, jadi sementara masa masih ada ini baca sajalah apa yang ada.

3. Hapuskan tabiat tidur terlebih atau terkurang. Masa macam ni patutnya tidur pukul 12 tengah malam dan bangun pukul 6 pagi bersamaan 6 jam. Biasanya apabila tak faham akan terus tidur, sepatutnya tukar ke topik lain, jangan memaksa diri.

4. Sekat hiburan. Selepas SPM, semua orang akan ada masa 5 hingga 6 bulan bercuti. Buat apalah main game, dengar muzik, main Facebook, main internet dan tengok tv pada masa ini. Yakin dan percayalah, selepas SPM ramai yang tak tau nak buat apa. Oleh itu, sementara masa masih ada ini, gunakan masa untuk menghafal dan memahami pelajaran.

5. Jangan buat benda pelik. Biasanya waktu-waktu macam ini akan ada macam-macam benda pelik berlaku. Contohnya jangan makan makanan yang tidak biasa makan, kerana bimbang akan sakit perut. Ataupun tiba-tiba ingin bersukan, bimbang juga nanti akan tercedera. Jangan juga makan ubat tahan tidur dan pil-pil yang tak sepatutnya.

6. Ulangkaji soalan ramalan SPM. Perlu diingat bukan 100% tepat ramalan ini, tapi jika terdesak memang sangat membantu. Biasanya cikgu ada tajuk-tajuk yang mengikut pengalamannya akan keluar. Kalau soalan matematik itu buatlah latihan soalan tahun lepas sebab memang akan keluar soalan yang lebih kurang serupa.

7. Belajar bijak. Jika nak baca satu buku memang tak akan dapat faham semua. Sekurang-kurangnya tengok soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan nilai diri sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila tumpukan kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat.

8. Buang rasa nak habis semua dan cepat. Masa saat akhir ini memang boleh baca buku sampai habis, tapi satu apa pun tak faham. Agak-agak lah, masa yang ada ini bacalah sikit-sikit, kalau nak masuk semua sekaligus takut satu pun tak faham. Sekurang-kurang separuh bab sempat baca, bolehlah jawab sekurang-kurangnya separuh soalan semasa SPM daripada tak tahu jawab langsung nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekalung Tahniah ~


Senarai Sekolah yang telah Layak ke Peringkat Akhir dalam Pertandingan Sempena Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (Murid) Peringkat Negeri Melaka 2011
Pertandingan Membina Video Korporat Unit Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Menengah :
1. SMK Ghaffar Baba
2. SMK (P) Methodist
3. SMK Bukit Katil
4. SMK Iskandar Syah
5. SM Sains Muzaffar Syah
6. SMK Kg. Gelam
7.  SMKA Sharifah Rodziah
8. SMK Tun Mutahir
Kategori Sekolah Rendah
1. SK Jasin
2. SK Pantai Kundor
3. SK Lereh
4. SK P Methodist 2
Pertandingan Membina Blog Unit Bimbingan dan Kaunseling
Kategori Sekolah Menengah :
1.  SMK Bukit Katil
2. SMK Datuk Abdul Rahman Yakcop
3. SMK Tun Syed Zahiruddin
4. SM Tahfiz Al-Quran Chenderah
5. SM Sains Muzaffar Syah
6. SMk Ayer Molek
7. SMK Telok Mas
8. SMK Pernu
9. SMK Sharifah Rodziah
10. SMK Tun Mutahir
Kategori Sekolah Rendah
1. SK Seri Duyong
2. SK Infant Jesus Convent (1)
3. SK (P)Methodist 2
4. SK Pantai Kundor
5. SK Kg Tun Razak
6. SK Lereh
7. SK Kerubong
Pertandingan Membina FaceBook (FB) Unit Bimbingan dan Kaunseling
Kategori Sekolah Menengah :
1. SMK Agama Sharifah Rodziah
2. SMK Tun Mutahir
3. SM Vokasional Datuk Seri Mohd Zin
4. SMK Kg. Gelam
5. SMK Datuk Abdul Rahman Yakcop
6. SMK Tun Syed Zahiruddin
7. SMK Munshi Abdullah
8. SMK Sungai Udang
9. SMK Bukit Katil


Sekalung tahniah diucapkan buat yang berjaya .

[ ALHAMDULILLAH , PIHAK KAMI BERJAYA MENEMPATKAN DIRI DI SANA ]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Periksa Keputusan Peperiksaan [ MELAKA ]

Buat yang bersekolah di negri melaka , ada berita baik di sini ingin kami sampaikan . Bagi yang mahu memeriksa keputusan peperiksaan anak mahupun diri sendiri , bolehlah pergi ke laman Qnet Jabatan Pelajaran Melaka ..

Contoh seperti di bawah :

Akan Tertera Skrin Seperti Di atas , masukkan I/C dan Captcha..

Klik pada Keputusan yang ingin dilihat ...


Keputusan akan disiarkan .

NotaKaki : Bolehlah klik pada gambar untuk tumbesaran tulang temulang ..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MASALAH MEROKOK DALAM KALANGAN REMAJA

Di seluruh dunia, 4 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit berkaitan dengan penggunaan tembakau dan menjelang penghujung tahun 2020, dianggarkan kadar kematian akan mencecah 10 juta orang. Fakta yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menyatakan setiap hari, lebih kurang 45 hingga 59 remaja di bawah umur 18 mula merokok di negara kita. Jumlah remaja lelaki yang merokok berusia 12 hingga 18 tahun pula adalah sebanyak 30 peratus. Sementara itu, bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4 peratus ke 8 peratus. 

Usia remaja merupakan fasa yang paling sensitif kepada permulaan tingkah laku merokok. Perubahan demi perubahan dalam diri remaja bersama transisi zaman kanak-kanak ke alam dewasa membawa kepada pelbagai keinginan untuk mencuba perkara-perkara yang baru termasuklah merokok. Penggunaan rokok dalam usia remaja dilihat sebagai tingkah laku untuk bereksperimen sebelum remaja tersebut kekal menjadi perokok apabila dewasa.

Risiko seseorang remaja untuk kekal menjadi perokok bermula dengan percubaan pertamanya. Remaja yang mencuba untuk merokok akan lebih cenderung untuk terus merokok sehingga dewasa, berbanding dengan remaja yang tidak mencuba. Ini kerana, nikotin boleh membawa kepada sindrom ketagihan yang sama dengan ketagihan heroin dan kokain. Jika dilihat, sangat sedikit remaja yang berjaya meninggalkan tabiat merokok apabila mereka telah mula merokok. Disebabkan inilah kita akan mendapati tidak ramai perokok tetap mula merokok di usia dewasa. Terdapat tiga peringkat yang membawa kepada ketagihan nikotin di kalangan remaja. Peringkat-peringkat tersebut ialah permulaan (initiation), penggunaan bermasalah (problem use) dan pergantungan (dependency). Peringkat yang pertama iaitu permulaan, merujuk kepada faktor-faktor yang mempengaruhi dan mendorong remaja untuk merokok. Faktor-faktornya termasuklah tahap pendidikan yang rendah, terdapat perokok di kalangan ahli keluarga, sama ada ibu bapa atau adik-beradik dan terdapat perokok di kalangan rakan sebaya. Pada peringkat permulaan, remaja yang merokok mahu dilihat sebagai seorang yang berdikari dan bebas untuk melakukan apa yang disukai.

Isu rupa fizikal juga memainkan peranan apabila terdapat remaja perempuan yang percaya dengan merokok mereka dapat kekal langsing. Pengaruh media, artis dan filem juga berperanan dalam peringkat pertama ini. Remaja akan terdorong untuk merokok, apabila media menggambarkan tingkah laku tersebut sebagai satu tingkah laku yang bergaya dan sebagai ekspresi penentangan jiwa mereka. Peringkat permulaan merokok ini kemudiannya akan membawa kepada peringkat ketagihan, apabila remaja merasakan merokok dapat memberi kelegaan dan menenangkan diri mereka.

Peringkat kedua, iaitu penggunaan bermasalah merujuk kepada keadaan remaja yang akan merokok apabila mereka bersama rakan-rakan atau ketika mereka bosan dan gelisah. Lama-kelamaan, tingkah laku merokok ini terus akan menjadi tabiat yang tidak dapat dibuang. Peringkat pergantungan bermula apabila remaja yang merokok merasakan tingkah laku tersebut sebagai satu keseronokan. Namun begitu, akhirnya nikotin bertindak sebagai cara untuk remaja berhadapan dengan tekanan dan masalah seharian. Remaja yang ketagihan nikotin akan mencari rokok sebagai satu cara mereka melepaskan rasa rungsing dan kebimbangan. Apabila berada di peringkat ini, remaja sebenarnya sudah mengalami ketagihan nikotin, yang menyebabkan mereka berasa tidak selesa dan murung sekiranya mereka tidak merokok.

Kecenderungan remaja untuk merokok atau tidak merokok adalah berdasarkan kekerapan dan jangka masa mereka berhubungan dengan individu yang merokok. Hubungan yang lebih rapat dan lebih lama yang muncul dalam diri remaja adalah sangat penting dalam proses pembelajaran sosial. Untuk itulah, keluarga dan rakan-rakan berada dalam kategori utama yang boleh mempengaruhi tingkah laku remaja seperti merokok. Remaja yang merokok mungkin berasa lebih yakin dengan diri mereka atau merasa lebih disukai oleh orang lain disebabkan oleh tingkah laku tersebut. Sekiranya tidak ada kawalan, sekatan dan hukuman kepada tingkah laku merokok, pola tingkah laku merokok ini akan kekal dan penglibatan seseorang dalam tingkah laku merokok ini akan menjadi lebih serius. Konsep kendiri yang dibina oleh remaja dalam diri mereka adalah penting dalam menentukan identiti sosial dan kumpulan. Lalu ia membawa kepada kecenderungan untuk mempunyai tingkah laku yang sama di kalangan remaja dalam satu kumpulan.

Remaja menjadikan tingkah laku tertentu seperti merokok ini sebagai tunjang kepada identiti kumpulan mereka. Jika status perokok dan bukan perokok dilihat penting dalam menentukan identiti sosial kumpulan, maka ahli-ahli sesebuah kumpulan selalunya akan berkongsi tingkah laku yang sama. Ideanya ialah akan terdapat kumpulan-kumpulan remaja yang boleh dikategorikan sebagai kumpulan merokok dan tidak merokok. Proses sosialisasi mempengaruhi pembentukan tingkah laku dan personaliti remaja. Proses ini membolehkan seseorang itu mengenal diri sendiri dan mempelajari apa yang dipercayai oleh orang lain di sekelilingnya, dan mempelajari bagaimanakah cara bertingkah laku yang bersesuaian (Musgrave, 1988). Melalui proses inilah, individu belajar tentang nilai dan norma dalam budaya. Individu akan terdorong untuk mengikuti perkara-perkara yang dianjurkan oleh budaya masyarakat di sekeilingnya. Sosialisasi juga membolehkan individu mengenal dirinya dan belajar menempatkan dirinya dalam masyarakat.

Keluarga dan rakan-rakan merupakan dua kumpulan agen sosialisasi terpenting selain sekolah dan media. Sebagai agen sosialisasi, keluarga dan rakan-rakan memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk tingkah laku dan kendiri seseorang remaja. Keluarga merupakan agen sosialisasi utama bermula dari awal kelahiran sehinggalah seseorang itu dewasa. Apabila seseorang itu meninggalkan alam kanak-kanak dan memasuki alam remaja, pengaruh ibu bapa sebagai agen sosialisasi mula diganti dengan peranan rakan-rakan. Rakan-rakan menjadi tempat untuk remaja berkongsi interaksi sosial dan mengatasi ketakutan, kekeliruan dan masalah. Selain itu, rakan-rakan menjadi tempat untuk remaja bersama-sama cuba untuk keluar daripada kawalan orang dewasa dan peraturan-peraturan.

Pengaruh keluarga dalam menentukan tingkah laku merokok telah menarik minat ramai pengkaji-pengkaji isu sosial. Terdapat banyak kajian yang menyatakan hubungan antara tingkah laku merokok dengan faktor keluarga. Kajian mendapati tingkah laku merokok di kalangan adik beradik yang lebih tua mendorong remaja untuk turut sama merokok. Sebagai agen sosialisasi utama, tingkah laku ahli keluarga terutamanya ibu bapa menjadi contoh dan ikutan oleh anak-anak. Ibu atau bapa yang merokok memberi gambaran awal kepada anak-anak bahawa tingkah laku tersebut adalah sebahagian daripada norma yang biasa dalam keluarga. Apabila tingkah laku tersebut dilihat sebagai norma dan kebiasaan, maka anak-anak akan menjadi lebih cenderung untuk turut serta.

Jika tingkah laku merokok oleh ahli keluarga menjadi ikutan oleh remaja kerana kebiasaan melihat tingkah laku tersebut seharian, pengaruh oleh rakan-rakan pula lebih menjurus kepada tekanan. Walaupun tidak dipaksa secara langsung oleh rakan-rakan untuk merokok, remaja sebenarnya berasa tertekan untuk turut merokok sekiranya rakan-rakan di sekeliling mereka adalah perokok. Dalam hal ini, remaja merokok disebabkan mereka mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan, dan untuk mengelakkan mereka daripada tersisih. Dengan turut sama merokok, remaja memperolehi pengesahan sosial dan interaksi sesama rakan sekumpulan.

Tingkah laku merokok di kalangan remaja juga membuatkan remaja berasa memperoleh kebebasan dan autonomi. Tekanan lain yang turut dihadapi oleh remaja agar menghisap rokok juga berlaku secara langsung. Remaja sering berhadapan dengan rakan-rakan yang akan menggalakkan mereka agar mencuba merokok. Remaja mungkin akan dipaksa dan juga diusik sekiranya enggan berbuat demikian. Kedua-dua agen ini memainkan peranan yang amat besar dalam membentuk tingkah laku dan tabiat merokok di kalangan remaja. Remaja bukanlah satu entiti yang berasingan dengan kedua agen ini, sebaliknya ia saling mempengaruhi.

Sebenarnya agen sosialisasi yang kedua iaitu rakan-rakan, juga sebenarnya bermula dengan peranan keluarga. Rakan sebaya ini juga mempunyai keluarga dan dipengaruhi oleh tingkah laku keluarga mereka. Kedua-dua agen ini seolah-olah berantai dan saling mempengaruhi. Keluarga berperanan mengawal pemilihan rakan sebaya anak-anak. Keluarga yang sensitif akan cenderung untuk mengenali rakan sebaya remaja dan boleh mempengaruhi keputusan remaja untuk memilih rakan mereka. Untuk mengawal atau mengelakkan remaja merokok, ibu bapa berperanan mengenal pasti sama ada anak-anak mereka berkawan dengan golongan yang merokok ataupun tidak.

Seseorang yang telah membentuk tabiat merokok pada usia yang muda akan mempunyai tahap ketagihan nikotin yang lebih serius berbanding dengan mereka yang bermula merokok pada usia yang lebih tua. Tingkah laku merokok yang kerap di kalangan remaja akan membawa kepada masalah kesihatan semasa dan juga kelak apabila dewasa. Tabiat merokok seawal usia remaja akan mengurangkan kadar tumbesaran paru-paru untuk berfungsi pada kadar maksimum. Remaja yang merokok juga mempunyai kadar kecergasan yang lebih rendah berbanding dengan remaja yang tidak merokok. Tahap kecergasan seseorang perokok itu adalah berkadar langsung dengan jangka masa dan kekerapan merokok. Remaja yang merokok akan sering mengalami sesak nafas, batuk, pitam, berkahak dan secara keseluruhannya mempunyai tahap kesihatan yang rendah.

Selain dari itu, penglibatan awal remaja dalam tingkah laku merokok juga berkait dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular dan gangguan kepada kadar kolesterol. Jika tingkah laku merokok berlarutan sehingga dewasa, tabiat ini akan meningkatkan risiko pembentukan awal penyakit kardiovaskular. Kebimbangan kepada pertambahan jumlah perokok di negara kita, membawa kepada usaha kerajaan melancarkan Kempen Tak Nak iaitu kempen kesedaran yang disasarkan kepada golongan remaja pada 9 Februari 2004. YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya di perasmian kempen tersebut menganjurkan agar golongan dewasa dapat memberi teladan dengan berhenti merokok.

Kempen ini bertujuan mencegah keinginan golongan remaja untuk merokok dan menyangkal tanggapan bahawa tabiat merokok adalah suatu yang diterima dalam masyarakat. Kerajaan sebenarnya telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk kempen anti merokok sejak tahun 2000 lagi.

Jadual Perbelanjaan Kempen Anti Merokok oleh Kerajaan, 2000-2003
Tahun RM
2000 RM 70,000
2001 RM 94,000
2002 RM 88,000
2003 RM 80,000
Jumlah RM 332,000
Sumber: Bernama, 22 September 2004.

Sebagaimana kerajaan melihat kepentingan menjadikan golongan remaja sebagai sasaran kempen anti merokok, industri tembakau pula sebaliknya terlebih dahulu telah melihat kepentingan golongan ini dalam usaha mengukuhkan pasaran mereka. Untuk itu, kita sering melihat promosi demi promosi oleh industri ini yang dibuat dalam persekitaran sosial yang digemari oleh remaja. Sebagai contoh, memberi tajaan kepada aktiviti-aktiviti sukan dan di pusat-pusat hiburan.

Perkara sebeginilah yang menyebabkan golongan remaja memberi gambaran yang positif kepada tingkah laku merokok ini. Golongan remaja merupakan pasaran utama kepada produk tembakau. Ini berkaitan dengan percubaan awal merokok bermula pada usia awal remaja. Golongan kanak-kanak dan remaja terus-terusan didedahkan dengan kaedah pemasaran oleh syarikat-syarikat tembakau yang mampu mempengaruhi tingkah laku remaja. Kaedah pengiklanan yang mempromosikan gaya hidup bergaya misalnya mampu menggalakkan remaja berkeinginan untuk turut serta.

Para remaja sering mengaitkan diri mereka sebagai perokok sosial yakni mereka merokok untuk mendapat tempat dalam persekitaran sosial mereka dan tidak percaya bahawa mereka sebenarnya telah ketagih kepada rokok. Ini telah memudahkan lagi promosi pasaran tembakau kerana remaja mengaitkannya dengan cara bersosial, bukannya sebagai satu bentuk ketagihan yang berbahaya dan perlu dijauhi.

Isu merokok di kalangan remaja bukanlah satu isu kelompok tertentu atau dalam jangka masa tertentu sahaja. Kempen yang berterusan mungkin dapat membantu usaha mengurangkan jumlah perokok remaja sementara kawalan dan penguatkuasaan secara fizikalnya menyukarkan remaja untuk mendapatkan bekalan rokok. Namun, perkara ini bukanlah petunjuk yang kukuh kepada perubahan sikap dan definisi yang diberikan oleh remaja kepada tingkah laku merokok.

Perkara utama yang penting untuk diusahakan ialah perubahan kepada definisi yang diberikan oleh remaja terhadap tingkah laku tersebut. Perubahan definisi merokok sebagai diterima secara sosial perlu bermula dengan pendidikan. Pendidikan ini merangkumi kesedaran kepentingan kehidupan yang berkualiti, bebas daripada sebarang bentuk ketagihan. Perlu ditanam dalam diri remaja bermula dari keluarga bahawa kebolehan untuk tidak terlibat atau meninggalkan tabiat merokok sebagai sesuatu yang membanggakan. Cabarannya ialah untuk membolehkan remaja mendefinisikan tingkah laku tidak merokok sebagai keupayaan mereka untuk memilih gaya hidup. Remaja perlu dibakar semangat mereka bagi meyakinkan mereka, di usia yang muda mereka sudah boleh memilih gaya hidup yang berkualiti dan tidak tunduk dengan tekanan dan pengaruh.

Ibu bapa dan keluarga perlu menyedari keunggulan jiwa dan kekuatan remaja untuk tidak terlibat dengan tabiat merokok, sangat bergantung dengan pendekatan dan tingkah laku seharian isi rumah. Dan perkara ini bermula daripada pendidikan isi rumah. Keluarga perlu mempunyai maklumat dan kesedaran tentang bahaya merokok dan melihat tingkah laku tersebut lebih daripada perspektif budaya dan kesihatan.



< SUMBER

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan

Ikrar Di Angkat Tanda Setia ..

Wah, Ramainya ...

Amboi Cikgu , Sporting Habis lah ....

Kita Satu Malaysia ... 

Bagun !! Tepi sikit , tak nampak lah apa kat depan tu ..

Wah .. Apa lah yang diorang buat tu ...

" Kita haruslah martabatkan bahasa kita " ...

♪ ♫ ♩ ♬ ♭ ♮ ♯ ~~  na.. na " ...

Ucapan yang sangat memberansangkan..

Ucapan yang sangat memberansangkan..

Ucapan yang sangat memberansangkan..

Bagun ---

Ikrar Di angkat tanda setia ..

Ikrar Di angkat tanda setia ..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Previu: Ceramah "Bagaimana Menangani Stress" Untuk Pelajar Form 5



































  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...