Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKBK. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

motivasi menaikkan semangat :D

Ayat motivasi dapat menaikkan semangat kita terutamanya pada hari Isnin memang terkenal dengan “Monday Blues” dimana kebanyakkan orang akan menjadi lemau dan malas nak buat apa-apa. Post kali ini kami akan kongsikan kepada anda beberapa mutiara kata dan ayat-ayat motivasi yang mampu untuk menaikkan semangat untuk berkerja

Ayat Motivasi dan Mutiara Kata

(1) Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama

(2) Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab

(3) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

(4) Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan

(5) Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire

(6) Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

(7) Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
(8) Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.

(9) Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson

(10) Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.

(11) Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.

(12) Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…

(13) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

(14) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. 

(15) Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

(16) Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

(17) Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.

(18) Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.

(19) Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.

(20) Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159

(21) Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jadual SPM 2012

Assalamua'alaikum,

Kepada calon-calon SPM yang ingin mengetahui jadual peperiksaan untuk tahun 2012, anda boleh mendapatkannya di:

Jadual SPM

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan berlangsung selama 5 November sehingga 6 Disember. Kepada calon-calon SPM, para kaunselor mengucapkan selamat maju jaya menghadapi peperiksaan ini dan kami berharap anda akan maju pada masa akan datang.

Terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semak Keputusan Peperiksaan Online


[ KLIK PADA GAMBAR UNTUK TERUS PERIKSA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN]

Sekarang .. ibu bapa boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak secara online. Untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak.. boleh layari laman KPM.. Masukkan no ic anak kita. Kemudian pilih sekolah rendah atau menengah. Kemudian kita boleh semak keputusan anak kita sama ada ujian bulanan atau peperiksaan.  Nak print dan simpan pun boleh.. mudah kan?? Semua dihujung jari..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...